-
Hari Raya Aidiladha
Assalam…
Awalan, marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini dengan penuh keamanan dan kesejahteraan… Amiinn… Alhamdulillah sekali lagi aku diberi masa untuk mencoret sesuatu di blogku yang tidak seberapa ini…
Topik kali ini ialah Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji / Hari Raya Korban…Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima [...]
-
Usrah
Assalam..
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi keizinan untuk menconteng sesuatu di dalam blog ini… Rasanya masih belum terlambat untukku kongsikan cerita tentang kisah hari khamisku (3.11.11)…
Hari Khamis lalu aku sempat meluangkan masaku bersama salah seorang sahabat baikku (Rahmah Nasir)… Tujuan utama kami pergi ke SMKAKL kerana Rahmah mahu berjumpa dengan pengetua. Pada awalnya, berat hatiku untuk meninggalkan kelasku kerana semester ini merupakan semester terakhirku mengambil Bachelor in Civil Engineering, tetapi kerana sahabatku Rahmah yang kini menuntut pelajaran kedoktoran di Jordan University of [...]
-
Aku Bukan Tomboy
Assalam dan salam satu malaysia…
Alhamdulillah, hari ini aku diberi semangat baru untuk menaip sesuatu di blog yang dah lama ditinggalkan ini. Bukan sengaja untukku meninggalkan blog kesayanganku ini, tetapi kerana sibuk dalam pelajaran membuatkan masaku terbatas untuk meng’update’ sesuatu di sini.
Rasanya masih belum terlambat untukku berkongsi sesuatu kepada pembaca. Hari sabtu lepas (30.10.11) aku mengikut keluargaku pergi ke Hotel Flamingo di Ampang untuk menghadiri majlis Makan Malam Amal anjuran Perkim Cawangan Wanita Ulu Klang. Alhamdulillah rezekiku dapat duduk di meja [...]










